Sebuah Perjalanan

Wednesday, September 17, 2008



Salam ukhwah Buat semua..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dalam membina sebuah blog .Dalam sesebuah perjalanan ada pahit dan juga manisnya. Begitu juga dalam proses membuat blog. Pada mulanya memang saya rasa takut, bimbang, gementar dan rasa tidak mampu bila dikehendaki membuat blog maklumlah tiada asas sangat untuk membuatnya. Namun bila saya cuba membuat blog, Alhamdulilah apa yang dikhuatiri sebenarnya tidaklah seperti yang disangkakan.



Pertama sekali, apabila sudah membuat blog masalah yang dihadapi ialah bagaimana mencari templates yang menarik. Saya lihat blog rakan-rakan cantik semuanya. Apabila mengikuti kelas blog barulah saya tahu bagaimana hendak mendapatkan templates yang menarik. Di sini bermulalah proses mencari templates yang dirasakan menarik untuk diletakkan di dalam blog. Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya diletakkan di dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.

Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Setakat ini dahulu cerita saya mengenai pengalaman membuat blog, InsyaAllah saya akan menceritakannya lagi dilain kali.
Wassalam...

0 comments: