MELAYARI WEB METAKU

Friday, October 10, 2008




> Semasa proses melayari laman Web Metaku , saya dikehendaki login terlebih dahulu sebelum melayari laman web ini dengan jayanya. Web ini sangat menarik dan terdapat pelbagai kandungan yang boleh kita layari sebagai panduan dan rujukan. Web Metaku merupakan salah satu panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian.

> Seterusnya, saya menerokai apa kandungan yang terdapat di dalam web Metaku . Pertama sekali saya melihat pasukan penyelidik yang terdiri daripada 7 orang penyelidik dan di ketuai oleh penyelia tesis saya iaitu Dr. Saemah binti Rahman. Banyak maklumat yang saya perolehi mengenai web ini.

> Langkah seterusnya yang saya ambil ialah menjawab soalan yang dikemukakan dengan melakukan Analisi Kendiri bagi melihat kekuatan dan kelemahan saya dalam mempelajari persekitaran hipermedia. Berikut adalah keputusan Analisis Kendiri saya:

Tahap Mencari Maklumat adalah 83/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 81/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 73/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 66/100

> Akhir sekali, selepas mempelajari kandungan Web Metaku saya melakukan Penilaian Kendiri. Penilaian Kendiri ini adalah bertujuan merenung semula aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Di sini saya dapat bandingkan tahap pengetahuan saya sebelum dan selepas mempelajari web Metaku. Berikut adalah keputusan Penilaian Kendiri saya:

Tahap Mencari Maklumat adalah 88/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 83/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 79/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 77/100

> Rumusan yang dapat saya berikan di sini ialah, saya perlu mempelajari dan memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai pembelajaran hipermedia ini. Alhamdulillah, Web Metaku ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam memahami serta mendalami bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.

0 comments: