Proses Menganalisis Laman web

Sunday, October 19, 2008


Proses refleksi metakognitif telah digunakan oleh saya dalam menilai sesuatu laman web bagi memastikan ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.


Di dalam proses menilai laman web ini saya telah membuat satu pelan tindakan dengan menyenaraikan topik dan sub topik berkaitan tajuk Ibadah Puasa. Saya juga telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan dalam menyiapkan sebanyak 50 analisis web.


Pertamanya, saya telah menggunakan proses merancang iaitu merancang strategi yang sesuai untuk mengakses sesuatu maklumat dengan menggunakan kata kunci atau enjin pencarian tertentu. Seterusnya ialah saya telah menggunakan langkah kedua iaitu memantau bagi melihat secara keseluruhan sesebuah laman web bagi memastikan siapa pengarangnya, apa isi kandungan yang di muatkan dalam web itu dan lain-lain lagi.


Seterusnya, langkah yang terakhir ialah proses menilai iaitu saya menggunakan proses ini dengan mengikut kriteria 10 standard pemikiran sama ada sesuatu laman web itu mempunyai kejelasan, ketepatan, keteperincian, logik, relevan, mendalam, luas, signifikan,adil dan hikmah. Dalam proses akhir ini juga, saya juga mencari kekuatan dan kelemahan sesebuah laman web itu untuk di jadikan panduan dan asas sama ada ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

0 comments: