Berkat Kesabaran

Tuesday, October 28, 2008


Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu menganalisis laman web. Bermacam-macam perasaan dalam menyiapkan analisis laman web ini. Rasa malas, tension, pening kepala dan macam-macam lagi.


Bagi saya menganalisis laman web sebanyak 50 ini bukan perkara yang mudah. Proses pemikiran kritikal di gunakan pada waktu ini. Berbanding dengan proses mencantikkan serta menambah baikan blog , ia tidak terasa seperti menganalisis laman web kerana bila sesuatu yang kita buat terhasil ia memberi satu kepuasan kepada diri.

Apabila selesai menganalisis laman web, saya perlu save hasil kerja ini dalam bentuk gambar. Proses mengedit perlu dilakukan pada waktu ini. Hasil kerja daripada word perlu di prtsc sysrq dan di masukkan di dalam paint dan seterusnya barulah dapat di save dalam bentuk gambar. Bermacam-macam proses yang perlu di lakukan dalam mengedit analisis laman web ini.

Akhirnya, apabila semuanya sudah selesai barulah saya dapat poskan analisis yang dibuat ke dalam blog Pautan laman web. Namun, hasil yang di post kurang jelas tulisannya. Ia memerlukan snap untuk mendapatkan paparan yang lebih baik. Walaupun hasil analisis yang saya buat tidaklah yang terbaik tetapi saya rasa ringan sedikit bebanan yang di pikul. Hal ini kerana dalam sibuk mengulangkaji pelajaran untuk final exam, saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tesis dan melakukan perkara-perkara lain. Wahlahu’alam.

Proses Menganalisis Laman web

Sunday, October 19, 2008


Proses refleksi metakognitif telah digunakan oleh saya dalam menilai sesuatu laman web bagi memastikan ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.


Di dalam proses menilai laman web ini saya telah membuat satu pelan tindakan dengan menyenaraikan topik dan sub topik berkaitan tajuk Ibadah Puasa. Saya juga telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan dalam menyiapkan sebanyak 50 analisis web.


Pertamanya, saya telah menggunakan proses merancang iaitu merancang strategi yang sesuai untuk mengakses sesuatu maklumat dengan menggunakan kata kunci atau enjin pencarian tertentu. Seterusnya ialah saya telah menggunakan langkah kedua iaitu memantau bagi melihat secara keseluruhan sesebuah laman web bagi memastikan siapa pengarangnya, apa isi kandungan yang di muatkan dalam web itu dan lain-lain lagi.


Seterusnya, langkah yang terakhir ialah proses menilai iaitu saya menggunakan proses ini dengan mengikut kriteria 10 standard pemikiran sama ada sesuatu laman web itu mempunyai kejelasan, ketepatan, keteperincian, logik, relevan, mendalam, luas, signifikan,adil dan hikmah. Dalam proses akhir ini juga, saya juga mencari kekuatan dan kelemahan sesebuah laman web itu untuk di jadikan panduan dan asas sama ada ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RENTETAN SEBUAH PERJALANAN ( Blog P&P Ibadah Puasa )


Rajah 1

Sebelum saya membangunkan blog ini, saya membuat lakaran apa yang sesuai dan hendak dimasukkan di dalam blog ini seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.


Pertama sekali, saya mencari tajuk yang sesuai untuk dimuatkan. Saya memilih tajuk Ibadah Puasa sebagai hasil pembelajaran di dalam blog ini. Hal ini kerana masih ramai Umat Islam tidak memahami dengan mendalam konsep Ibadah Puasa yang sebenarnya. Dengan berpandukan peta konsep yang dibuat mengenai tajuk Ibadah Puasa ini, barulah saya nampak lakaran untuk membangunkan blog ini.


Seterusnya, Saya mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam blog ini. Saya mencari pelbagai bahan di dalam buku, internet, majalah dan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk dibuat rujukan. Namun tidak semua apa yang ada di dalamnya boleh di ambil sebagai panduan. Saya perlu membaca, memahami, menganalisis terlebih dahulu sebelum mengambilnya sebagai panduan untuk dinuatkan di dalam blog P&P ini.


Selepas itu, saya menaip isi-isi penting mengenai tajuk Ibadah Puasa berpandukan Peta Konsep yang telah dibuat. Saya mengikut urutan yang telah disediakan bagi memudahkan pembaca melihat serta membaca isi kandungan yang di pamerkan. Seterusnya saya mencari gambar-gambar yang berkaitan, serta membuat power point bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya serta membuat power point bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya.


Akhir sekali, saya memikirkan adakah laman web pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (Ibadah Puasa) ini sesuai untuk digunakan atau tidak untuk pelajar? Di sini, secara tidak langsung daripada bermula proses pemilihan tajuk sehinggalah selesai proses pembinaan blog, saya telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan seperti yang ditunjukkan pada rajah 2. Bermula dari proses membina pelan tindakan (merancang), mengekalkan atau memantau pelan (membina), dan menilai pelan tindakan (penilaian). Daripada sini juga, berlakunya proses pemikiran kritikal, di mana usaha-usaha menganalisis dan mentaksir sesuatu maklumat yang sesuai digunakan atau tidak. Apa yang saya harapkan kandungan yang dimuatkan di dalm blog ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang yang membacanya.



Rajah 2

Urutan dalam pembangunan web blog




Blog Pautan

Sunday, October 12, 2008


Analisis Laman Web ( 50 laman Web)


Di dalam proses penambahbaikan blog pautan merupakan suatu yang agak sukar. Hal ini kerana setiap laman web yang di cari perlu di analisis mengikut kriteria standard pemikiran. Proses pemikiran kritikal ketika ini di gunakan dalam usaha untuk menganalisis dan mentafsir setiap laman web untuk di kenal pasti sesuai untuk digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran atau tidak.

Pada tahap ini, saya memerlukan satu komitmen yang konsisten dalam menganalisis setiap laman web. Agak sukar bagi saya untuk menilai mengikut kriteria standard pemikiran kerana ia memerlukan penelitian, kesabaran, pembacaan yang menyeluruh serta perlu membuat keputusan dengan menilai sesuatu laman web.

Menganalisis Laman web sebanyak 50 ini bukan mudah kerana memerlukan masa yang lama bagi meneliti sesuatu laman web. Di sini, saya menggunakan 9 kriteria yang di gunakan oleh Paul (1995) di dalam standard pemikiran iaitu kejelasan, ketepatan, keterperincian, logik, relevan, mendalam, luas , signifikan dan adil.

InsyaAllah, saya akan siapkan analisis laman-laman web ini. Sekarang saya masih di dalam proses menganalisis laman-laman ini. Saya akan muatkan apabila semuanya sudah selesai disiapkan. InsyaAllah.

MELAYARI WEB METAKU

Friday, October 10, 2008




> Semasa proses melayari laman Web Metaku , saya dikehendaki login terlebih dahulu sebelum melayari laman web ini dengan jayanya. Web ini sangat menarik dan terdapat pelbagai kandungan yang boleh kita layari sebagai panduan dan rujukan. Web Metaku merupakan salah satu panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian.

> Seterusnya, saya menerokai apa kandungan yang terdapat di dalam web Metaku . Pertama sekali saya melihat pasukan penyelidik yang terdiri daripada 7 orang penyelidik dan di ketuai oleh penyelia tesis saya iaitu Dr. Saemah binti Rahman. Banyak maklumat yang saya perolehi mengenai web ini.

> Langkah seterusnya yang saya ambil ialah menjawab soalan yang dikemukakan dengan melakukan Analisi Kendiri bagi melihat kekuatan dan kelemahan saya dalam mempelajari persekitaran hipermedia. Berikut adalah keputusan Analisis Kendiri saya:

Tahap Mencari Maklumat adalah 83/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 81/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 73/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 66/100

> Akhir sekali, selepas mempelajari kandungan Web Metaku saya melakukan Penilaian Kendiri. Penilaian Kendiri ini adalah bertujuan merenung semula aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Di sini saya dapat bandingkan tahap pengetahuan saya sebelum dan selepas mempelajari web Metaku. Berikut adalah keputusan Penilaian Kendiri saya:

Tahap Mencari Maklumat adalah 88/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 83/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 79/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 77/100

> Rumusan yang dapat saya berikan di sini ialah, saya perlu mempelajari dan memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai pembelajaran hipermedia ini. Alhamdulillah, Web Metaku ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam memahami serta mendalami bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.