Sunday, November 23, 2008
Gambar diatas merupakan hasil blog yang di bina oleh saya. Banyak dugaan dan cabaran dalam membangunkun blog-blog ini bagi memenuhi syarat yang di perlukan.
Gambar diatas merupakan hasil blog yang di bina oleh saya. Banyak dugaan dan cabaran dalam membangunkun blog-blog ini bagi memenuhi syarat yang di perlukan.
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 12:25 AM 0 comments
Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu menganalisis laman web. Bermacam-macam perasaan dalam menyiapkan analisis laman web ini. Rasa malas, tension, pening kepala dan macam-macam lagi.
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 9:16 PM 0 comments
Proses refleksi metakognitif telah digunakan oleh saya dalam menilai sesuatu laman web bagi memastikan ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
Di dalam proses menilai laman web ini saya telah membuat satu pelan tindakan dengan menyenaraikan topik dan sub topik berkaitan tajuk Ibadah Puasa. Saya juga telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan dalam menyiapkan sebanyak 50 analisis web.
Pertamanya, saya telah menggunakan proses merancang iaitu merancang strategi yang sesuai untuk mengakses sesuatu maklumat dengan menggunakan kata kunci atau enjin pencarian tertentu. Seterusnya ialah saya telah menggunakan langkah kedua iaitu memantau bagi melihat secara keseluruhan sesebuah laman web bagi memastikan siapa pengarangnya, apa isi kandungan yang di muatkan dalam web itu dan lain-lain lagi.
Seterusnya, langkah yang terakhir ialah proses menilai iaitu saya menggunakan proses ini dengan mengikut kriteria 10 standard pemikiran sama ada sesuatu laman web itu mempunyai kejelasan, ketepatan, keteperincian, logik, relevan, mendalam, luas, signifikan,adil dan hikmah. Dalam proses akhir ini juga, saya juga mencari kekuatan dan kelemahan sesebuah laman web itu untuk di jadikan panduan dan asas sama ada ia sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 8:25 PM 0 comments
Sebelum saya membangunkan blog ini, saya membuat lakaran apa yang sesuai dan hendak dimasukkan di dalam blog ini seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.
Seterusnya, Saya mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam blog ini. Saya mencari pelbagai bahan di dalam buku, internet, majalah dan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk dibuat rujukan. Namun tidak semua apa yang ada di dalamnya boleh di ambil sebagai panduan. Saya perlu membaca, memahami, menganalisis terlebih dahulu sebelum mengambilnya sebagai panduan untuk dinuatkan di dalam blog P&P ini.
Selepas itu, saya menaip isi-isi penting mengenai tajuk Ibadah Puasa berpandukan Peta Konsep yang telah dibuat. Saya mengikut urutan yang telah disediakan bagi memudahkan pembaca melihat serta membaca isi kandungan yang di pamerkan. Seterusnya saya mencari gambar-gambar yang berkaitan, serta membuat power point bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya serta membuat power point bagi memudahkan pembaca untuk melihat isi kandungannya.
Akhir sekali, saya memikirkan adakah laman web pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (Ibadah Puasa) ini sesuai untuk digunakan atau tidak untuk pelajar? Di sini, secara tidak langsung daripada bermula proses pemilihan tajuk sehinggalah selesai proses pembinaan blog, saya telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan seperti yang ditunjukkan pada rajah 2. Bermula dari proses membina pelan tindakan (merancang), mengekalkan atau memantau pelan (membina), dan menilai pelan tindakan (penilaian). Daripada sini juga, berlakunya proses pemikiran kritikal, di mana usaha-usaha menganalisis dan mentaksir sesuatu maklumat yang sesuai digunakan atau tidak. Apa yang saya harapkan kandungan yang dimuatkan di dalm blog ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang yang membacanya.
Urutan dalam pembangunan web blog
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 3:09 AM 0 comments
Analisis Laman Web ( 50 laman Web)
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 5:22 PM 1 comments
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 1:39 AM 0 comments
Posted by Nazraton Aiedah Isa at 8:34 AM 0 comments
Refleksi ilmiah merupakan salah satu elemen yang penting bagi melakarkan segala gerak kerja yang telah di lalui. Segala maklumat dan cerita yang di kongsikan merupakan hasil gerak kerja yang telah dilakukan. Melalui refleksi ilmiah ini dapat kita kongsikan pengalaman masing-masing untuk tatapan bersama. Selamat maju jaya.